Dieja Global Resources adalah sebuah syarikat pemilik tunggal dan diperbadankan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001) pada dan mulai 04 April 2012.
Syarikat ini dimiliki oleh Bumiputra dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di dalam bidang Pembekal, Pemasangan, Penyelenggaraan dan Perkhidmatan untuk Audio Visual System dan ELV system.
Dieja Global Resources dianggotai oleh kakitangan yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas di dalam Pembekalan, Pemasangan, Penyelenggaraan dan Pemasangan Audio Visual/ELV System.
Dengan berasaskan amalan budaya kerja yang mementingkan kualiti serta berwawasan. Syarikat ini berkeyakinan tinggi dan percaya bahawa semua pihak, Agensi-agensi, Badan-badan Berkanun, Jabatan Kerajaan dan Swasta pasti akan mendapat kepuasan dari hasil kerja mahupun perkhidmatan yang dilaksanakan.
Justeru itu adalah menjadi harapan kami agar semua pihak dapat memberikan peluang dalam mempertimbangkan kerja-kerja yang dipohon oleh Dieja Global Resources.
Terima Kasih,
-Dieja GR-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan